Asma Allah

Khamis, 4 Februari 2010

Dakwah

Assalamualaikum...

Apabila kita dengar tentang dakwah ada yang merasa diri kita tidak mampu berdakwah...

Itu bukan alasan, kerana dakwah ini tidak semestinya sesuatu yang kita harus bercakap.

Ramai antara umat sekarang yang disempitkan pemikiran mereka tentang dakwah, dakwah ini ada pelbagai cara contohnya seperti kita menunjukkan sikap yang baik, menulis blog Islami, mencegah kemungkaran, mengajak kepada kebaikan, memberi salam atau mengedarkan risalah Islam.

Dakwah ini tidak semestinya dengan cara formal seperti kuliah atau ceramah. Dakwah ini boleh juga kita dengan cara memberi nasihat atau peringatan.

Ramai manusia silap tafsir bahawa dakwah dan ilmu agama ini pula hanya untuk golongan Ustaz dan ulama'. Tetapi hakikatnya dakwah ini perlu dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira golongan kanak-kanak hinagga tua.

Tiada ulasan:

Sahabat