Asma Allah

Rabu, 10 Februari 2010

Task Force Valentine "Jom Cegah Zina"

Perkara: Task Force Valentine "Jom Cegah Zina"

KELAB BELIA JIM (KBJ)
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)
KELAB REMAJA JIM (KRJ)

akan berganding bahu menggerakkan. ..

TASK FORCE
"JOM CEGAH ZINA"

Suatu usaha amar makruf nahi mungkar bersama
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tarikh: 14 Februari 2010 (Ahad)
Tempat berkumpul: Masjid Jamek, Kuala Lumpur
Masa berkumpul: 6.00 petang
(Boleh menginap di Masjid Jamek selepas Task Force berakhir dengan kebenaran JAWI)

Kita perlukan sekurang-kurangnya 100 sukarelawan. 5 orang telah mendaftar. Perlukan 95 sukarelawan lagi!!

Jika berminat untuk terlibat, hantarkan nama penuh, umur, no. telefon dan alamat email ke abu_itqan@yahoo.com atau hafizbai@gmail.com

Terima kasih.

Jumaat, 5 Februari 2010

Daurah dan Qiyam

Assalamualaikum...

Inysaallah,
Pada hujung minggu ini akan diadakan Program Daurah dan Qiyam di Surau Al-Ansar Jalan Keramat (berdekatan stesen LRT Damai). Semua dijemput hadir... Program ini bermula pada hari Sabtu,6/2/2010 pada jam 6.15 petang dan akan berakhir pada hari Ahad,7/2/2010 setelah selesai solat zohor. Program ini bertujuan untuk mengabungkan semua ipt dalam menjayakan resolusi KONSIS.

Ajak seramai mungkin dan terbuka kepada semua orang.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Alif-0136288906

Khamis, 4 Februari 2010

Dakwah

Assalamualaikum...

Apabila kita dengar tentang dakwah ada yang merasa diri kita tidak mampu berdakwah...

Itu bukan alasan, kerana dakwah ini tidak semestinya sesuatu yang kita harus bercakap.

Ramai antara umat sekarang yang disempitkan pemikiran mereka tentang dakwah, dakwah ini ada pelbagai cara contohnya seperti kita menunjukkan sikap yang baik, menulis blog Islami, mencegah kemungkaran, mengajak kepada kebaikan, memberi salam atau mengedarkan risalah Islam.

Dakwah ini tidak semestinya dengan cara formal seperti kuliah atau ceramah. Dakwah ini boleh juga kita dengan cara memberi nasihat atau peringatan.

Ramai manusia silap tafsir bahawa dakwah dan ilmu agama ini pula hanya untuk golongan Ustaz dan ulama'. Tetapi hakikatnya dakwah ini perlu dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira golongan kanak-kanak hinagga tua.

Sahabat