Asma Allah

Ahad, 10 Januari 2010

Jadilah "ORANG ASING"



Rasulullah bersabda (yang ertinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba') ."
(hadits shahih riwayat Muslim)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba') . (Mereka adalah) orang-orang shalih yang berada di tengah orang-orang yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya lebih banyak daripada yang mengikuti mereka."
(hadits shahih riwayat Ahmad)

"Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba') . Yaitu mereka yang mengadakan perbaikan (islah) ketika manusia rusak."
(hadits shahih riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry)

Mengikut hadis diatas kita dapat tahu bahawa orang asing yang disebutkan oleh Rasulullah ialah orang muslim yang menjaga dirinya daripada melakukan dosa-dosa besar dan memperbaiki diri kepada lebih baik. Jika ada saudara saudari yang dibenci oleh rakan atau orang sesiapa kerana kebaikan janganlah bersedih dan khuatir kerana Rasulullah telah menjamin bahawa orang ini dalam keadaan bahagia.

Peta Ke UiTM Pulau Pinang

KLIK UNTUK MEMBESARKAN

Bagi sesiapa yang tidak tahu laluan ke UiTM Pulau Pinang.
Disini saya ada menguploadkan peta berikut.

Senarai Produk Israel

KLIK UNTUK MEMBESARKAN

Ini adalah senarai produk Israel yang perlu di boikot...
Saya upload dalam format jpg yang besar supaya boleh kita kongsi...

Bar kod Produk Israel


Saudaraku, mohon ingat dan sebarkan 2 hal ini:

- MARI BOIKOT PRODUK bani israel!
- JANGAN PERNAH MENYEBUT israel SEBUAH “NEGARA”!

*) 729 adalah 3 digit awal bar kod produk bani israel


Disunting dari kalapacengkir.wordpress.com

5 Cara Menghindari Maksiat

Apabila sebut perkatan maksiat , seringkali kita kaitkan maksiat dengan akhlak dan moral . Sebenarnya maksiat mempunyai pengertian lebih luas daripada itu . Maksiat adalah merupakan segala perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan salah , dosa , melawan , cuai , menentang atau derhaka kepada Allah swt .Maksiat yang dilakukan akan mendapatkan kemurkaan Allah swt dan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan itu , samada di dunia mahupun di akhirat nanti.

Ada cerita menarik yang saya akan kongsikan dengan pengunjung blog saya , iaitu kisah dialog yang berlaku seorang lelaki yang soleh yang bernama Ibrahim Adham dengan seorang lelaki yang lain . Kisah ini mengajar kita supaya menjauhi perbuatan maksiat . Terdapat 5 tips yang diajar oleh Ibrahim Bin Adham bagaimana cara menjauhi maksiat melalui kisah ini:

PADA suatu ketika, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, seraya berkata: “Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”

Ibrahim menjawab: “Jika kamu mahu menerima lima hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata: “Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq." Ibrahim kemudian berkata: “Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya."

Pemuda itu kemudian bertanya lagi: “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan: “Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?"

Lelaki itu berkata: “Sekarang tolong beritahukan yang (hal) kedua." Ibrahim berkata: “Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.” Ujar lelaki itu: “Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?"

Ibrahim berkata: “Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?" Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutnya yang ketiga!"

Ibrahim berkata lagi: “Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat." Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata: “Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?"

Ibrahim meneruskan hujahnya: “Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?"Pemuda itu segera menjawab: “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!"

Ibrahim berkata: “Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah." Jawab lelaki itu: “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim: “Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" Lelaki itu seterusnya berkata : “Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima."

Ibrahim berkata: “Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya."Jawab lelaki itu: "Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan."

Ibrahim bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?" Kata lelaki itu berkata: "Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

Selepas peristiwa itu, lelaki itu tekun beribadat hingga akhir hayatnya.

Disunting dari kutuilmu.blogspot.com

Sabtu, 9 Januari 2010

Video Palestine


Batu Terapung...

Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di KL..!

Gambar PALSU 1

Batu Terapung PALSU 1

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )

Gambar PALSU 2

Batu Terapung PALSU 2

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?

Gambar PALSU 3

Batu Terapung PALSU 3

Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?

Gambar PALSU 4

Batu Terapung PALSU 4

Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?

Gambar PALSU 5

Batu Terapung PALSU 5

Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop.. Jadi..
Mana yang ASLInya..?

___________________________ …

Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN

Dato’ Dr Haron Din

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-

Gambar simpanan lama Batu Terapung dari sudut atas.

Mengapa Berubah..?

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.


Disunting dari qhazanah.wordpress.com

Sabtu, 2 Januari 2010

Ulama Pewaris Nabi


Pimpinannya Wajib Diikuti

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.”
[Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

Sahabat