Asma Allah

Rabu, 6 Julai 2011

Siapakah Syeikh Jum’ah Amin?



Profile Syeikh Jum’ah Amin

Salah seorang pemikir IM dan salah seorang musyrif dalam penulisan silsilah Sejarah IM. Juga salah seorang musyrif terhadap silsilah turats Hasan al-Banna. Dia telah banyak menulis karya dalam bidang dakwah dan tarbiyah untuk memberi gambaran yang jelas tentang IM, pemikiran dan manhaj mereka. Antara tulisan beliau yang masyhur adalah “Di Bawah Bayangan Usul 20”, “Dakwah; Kaedah dan Usul”, “Manhaj Quran Dalam Membentangkan Aqidah Islam”, “Manhaj Taghyir Menurut Imam al-Banna” dan banyak lagi karya-karya lain.

  • Dilahirkan pada tahun 1934 M di Negeri Bani Suwaif, sebelah Utara Mesir.
  • Menetap di Bandar Iskandariah.
  • Memperolehi Digree “Jayid Jiddan” dalam bidang “Khidmat Kemasyarakatan” dengan kepujian cemerlang tahun 1961 M. Berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak dan 7 orang cucu.
  • Berkenalan dengan IM ketika beliau masih remaja, ketika IM dalam fasa terbuka dan memiliki banyak cawangan serta sentiasa disebut-sebut oleh masyarakat.
  • Beliau sempat hidup sezaman dengan Imam al-Banna di awal usianya (15 tahun), tetapi beliau tidak sempat ber-mu’ayasyah, melihat atau mendengar darinya. Ketika itu beliau masih belum memahami dakwah, bahkan belum menyertai IM.
  • Hati beliau sangat terkesan dengan keperibadian Imam al-Banna sejak hari peristiwa pembunuhan Imam al-Banna ketika salah seorang guru di sekolahnya menceritakan dan memperkenalkan Imam al-Banna kepada mereka.
  • Beliau mula terikat dengan IM dan sentiasa mengikuti pengajian dan aktiviti mereka selepas peristiwa pembunuhan Imam al-Banna dan mula menyertai mereka pada tahun 1951 secara rasmi.
  • Selepas peristiwa tahun 1954 dan peristiwa konspirasi al-Mansyiyyah, yang nyaris memecah belahkan anggota IM kecuali mereka yang dirahmati Allah; mereka itulah orang-orang yang dipelihara Allah untuk terus bersama dengan IM dan mereka itulah orang-orang yang dipenjara dan dibuang negara.
  • Selepas IM kembali dengan aktif secara rahsia, beliau termasuk di kalangan orang-orang yang mengaktifkannya, sehinggalah berlaku peristiwa penangkapan para pimpinan tahun 1965 yang menyaksikan pembunuhan asy-syahid Syed Qutb dan para Ikhwan lainnya termasuklah beliau.
  • Beliau berada di dalam penjara sehingga tahun 1971 dan dikeluarkan secara beramai-ramai dari penjara bersama para Ikhwan yang lain ketika permulaan era pemerintahan Sadat selepas kematian Jamal Abdul Nasir.
  • Setelah keluar dari penjara, beliau bekerja sebagai pengkaji di Iskandariah, kemudian dilantik sebagai ketua bahagian kajian kemasyarakatan dan kemudian sebagai pengarah.
  • Beliau mengerjakan haji pada tahun 1981. Ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Sadat pada tahun tersebut, perintah penangkapan beliau dikeluarkan, lalu beliau berhijrah ke Saudi dan bekerja di sana sebagai pengarah pejabat Perhimpunan Pemuda Islam Sedunia (World Assembly of Islamic Youth / الندوة العالمية للشباب الإسلامي) di Jaddah dari tahun 1981 hingga 1985.
  • Selepas kepulangan beliau ke tanah airnya, beliau mula terlibat dalam mengasaskan Sekolah Madinah al-Munawwarah untuk lelaki dan perempuan dan beliau merupakan pengerusi lembaga pengarahnya sehingga kini.
  • Beliau sekali lagi ditangkap pada tahun 1994 untuk beberapa bulan dalam salah satu konspirasi penipuan terhadap Ikhwan.
  • Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai ahli Pejabat Urusan IM di Iskandariah, kemudian sebagai timbalan pengerusi, dan kemudian beliau dicalonkan sebagai ahli Maktab Irshad dari tahun 1995 hingga sekarang.
  • Sekarang beliau menumpukan sepenuh masanya untuk dakwah Islam dengan merantau ke seluruh dunia timur dan barat.
  • Beliau dipilih sebagai Naib Mursyidul Am IM bermula Januari 2010.

Thanx to http://www.ikramsj.org

Wacana Tarbawi Bersama NAIB MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN



WACANA TARBAWI

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mempersembahkan:

“Tarbiah Ikhwan Muslimin dan Peranannya dalam Masyarakat”

Penceramah:

- Syeikh Jum'ah Amin (Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin)

Tarikh : 11 Julai 2011 (Isnin)

Masa : 8.00 pm - 11.30 pm

Tempat: Dewan Jubli Perak SUK Selangor Shah Alam

Semua dijemput hadir

Bahasa komunikasi : Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

Sahabat