Asma Allah

Isnin, 17 Ogos 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Bikum

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Bikum

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh…

Alhamdulillah…

Kita akan menghampiri satu bulan yang menjadi penghulu segala bulan dan bulan yang didalamnya ada ganjaran amalan lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu bulan Ramadhan al mubarak…

Kenapa ramadhan dipanggil penghulu segala bulan??? Ini tidak lain dan tidak bukan kerana allah menurunkan al-quran kepada junjungan besar baginda rasulullah s.a.w didalam bulan ini dan juga didalam bulan ini allah telah menciptakan satu malam yang dimana amalannya lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam lailatul-qadar.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?, malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!." (Al-Qadr 1-5)

Bulan yang mulia ini juga dikenali sebagai bulan umat islam. Dimana semua amalan umat islam yang ikhlas akan digandakan pahala yang berlipat kali ganda seperti amalan sunat dibesarkan pahalanya sama dengan amalan fardu dan amalan fardu amatlah besar pahalanya.




Tiada ulasan:

Sahabat