Asma Allah

Rabu, 1 Februari 2012

Perkongsian 2 ceramah Khas oleh Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin

Assalamualikum wbt...

Alhamdulillah....
Terasa rindu kepada blog ini, walaupun sudah lama tidak meukilkan sesuatu padanya.

Insyaallah...
Pada pagi ini saya hendak menukilkan tentang Perkongsian dua ceramah Ikhwanul Muslimin anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang saya hadir... ceramah itu diasampaikan oleh 2 orang naib mursyid am ikhwanul muslimin sendiri... agak jarang melihat mereka...

Perkongsian yang pertama ialah oleh Syeikh Dr Mahmoud Ezzat... (29/1/2012)
- Dalam perkongsian beliau, beliau banyak menceritakan tentang sejarah al-Ikhwanul Muslimin...
- Sesuai dengan tajuk, beliau hendak mengigatkan kita tentang IM dahulu dan sekarang... Sebenarnya dahulu sangat2 hebat...
- Beliau juga menetapkan bahawa dalam untuk menjadi aktivis/mujahid dakwah ini perlu menjaga hubungan hat
i dengan Allah azza wa jalla. Ini kerana untuk mendapat kemenangan seperti mana revil
usi di mesir baru2 ini.
- Hubungan hati antara manusia dan Rabb nya itu sangat
penting kerana ia ialah asas kepada tarbiyyah itu.
- Ikhwan pentigkan tarbiyyah.
- Seperti yang dikatakan oleh HAB... "Perbaikilah diri kamu, serulah pada yang lain".
- Beliau juga menekankan tentang 10 muosofat tarbiyyah yang dimana kesyumulan islam itu ada.
- IM ialah satu jemaah yang jauh drp kuasa pembesar2 dan tidak mengharapkan kuasa lain.
- keputusan Syuro adalah penting.
- IM bermula di terusan Suez ketika penjajahan Inggeris di mesir, dan Ismailiyyah menjadi tempat tentera.
- IM membuka beratus2 cawangan di mesir.
- Cawangan pertama di luar mesir adalah di Afrika dan seterusnya di Syiria.
- Ketika IM meningkat, berlaku satu peristiwa hi
tam dimana pembunuhan HAB dan ia menjadi ujian kepada IM ketika itu.

----------------------------------------------------AFWAN ANA X ATTEND HABIS PROG NI

Perkongsian yang kedua ialah oleh Syeikh Dr Juma'ah Amin... (31/1/2012)
- Perkongsian ini amat menyentuh hati kerana ia adalah perkongsian yang sangat terasa bagi sesiapa sahaja yang berada dalam medan ini. Ramai yang hadir ketika itu sehingga penuh sebahagian dewan.
- Syeikh sangat inginkan berbahasa Melayu kerana rasul diutuskan dengan bahasa masyarakatnya.
- Dalam perkongsian ini beliau berkata "Dalam alam islami ini, penuh dengan cabaran dan mereka perlukan iman untuk menggerakkannya.
- Deen yang diajarkan oleh Rasulullah ialah deen yang dimulakan dengan kasih sayang (ukhuwwah) dan hubungan dengan Allah.
- Apa ertinya sebuah saff jemaah islam klu tidak limpahi dengan air mata mengalir utk Allah.
- Apa gunanya senjata yang ada tp tidak dipikul oleh tangan2 yang berwuduk.
- Ciri2 mukmin itu ialah orang yang bergetar hati apabila disebut nama Allah. Iman mereka bertambah.
- Bangun malam, bertaqarrub (mendekatkan diri) kpd Rabb ialah utk mendapat sifat rabbani itu.
- Akidah bukan ilmu semata2 seperti yang kita belajar tp pengamalan nya.
- Hati kpd akidah itu adalah amalan.
- Ramai jer org kafir yang belajar akidah Islam, tp mereka tidak beramal dengannya.
- Akidah itu bknlah rukun seperti tukun islam, tp mengabdikan diri kpd Allah dari mula bangun sehigga tidur semula dan sepanjang waktu termasuk waktu perang, senang, susah dll.
- Ibadah pula bkn hanya pd kebiasaan shj, tp pd semua aspek.
- HAB mengambil satu contoh drp Rasulullah dimana mer
eka memerangi manusia dengan kasih sayang.
- Bentuk sifat rabbaniyah ialah beriman kpd Allah, yakin pd janjinya dan berhubung hatu dengan Allah.
- Jadilah kamu ahli ibadah sebelum menjadi pemimpin.
- Kenapa perlu sifat Rabbaniyyah??? ia sgt perlu kerana itulah kekuatan umat islam, kerana bilangan kita sikit sedangkan bilangan yang jahat ramai.
- Dalam al-Quran, Allah tidak menceritakan tentang iman, tp pengamalan iman mereka, kerana iman nmpk dgn amal.
- Kisah Subaie bin Amir bertemu dgn Panglina Rustam.
-
Kisah Mus'ab dgn ibunya, ibunya merayu kpd Mus'ab utk tinggalk
an Islam, jika tidak dia akan mogok lapar, dan apabila ibnya meniggal di akan dikatakan sebagai derhaka kpd ibunya, tp Mus'ab kata walaupun ibu ada 100 nyawa dan satu per satu keluar dari mu, aku x kn keluar dari Islam.
- Banyak kisah dahulu dan sekarang tentang orang seperti ini, sepaerti Khaibar sekarang seorang perempuan menyerahkan keempat 4 anaknya ke jalan Allah.
- Rabbaniyyah ialah sesuatu yang diamalkan, sesuatu yang hidup.
- "Wahai orang beriman, knp kamu mengatakan sesuatu sedangkan kamu tidak amalkan".
- Kisah Syed Qutb dihukum mati, sebelum dihukum mati adik perempuannya datang untuk merayu kpd nya, pegawai penjara akan melepaskan nya jika dia menulis surat tentang kebaikan pemimpin ketika itu... tp dia tolak kerana tidak mahu meng ia kan pemimpin yang alim itu.
- Ahli IM banyak yang syahid kerana pemahaman rabbaniyyah itu.
- Rabbaniyah adalah terasa bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.
- Rabbaniyyah ialah yakin kpd janji Allah sprti mana Siti Hajar yang di tinggalkan di padang pasir, keitka Musa dan pengikutnya dikejar oleh firaun dan dihadapannya ada lautan luas, ketika Muhammad dan Abu Bakar menyorok di gua Hira. Janganlah kamu bersedih kerana Allah Ada bersama kita.
- Rabbaniyyah ini akan timbul jika kita mencari redha Allah.
- 3 tanda kemanisan iman
- mencintai Allah dan Rasulnya.
- mencintai saeseorang kerana Allah.
- membenci dosa yang dilakukan sepertimana bencinya dimaskukkan kedalam neraka.
- Rahsia kekuatan islam ialah ukuhuwwah.
- Jika banyak ibadat, tp x berukuwwah kita x kn berjaya.
- Rabbaniyyah itu bkn pada ilmunya shj tp banyaknya pada amalnya.

*Syeikh ketika itu yang selalunya dipapah ke mana sahaja, terus bangun dan menolak pertolongan daripada ikhwah yang ada (ana ckp ni sbb ana prnh pernah ada di depannya ketika dipapah pd ceramah lepas, nmpk uzur sgt2)... beliau akhirnya berdiri sehingga habis tazkirah yang disampaikan lebih kurang (1 jam 30minit lah)... itulah yang dinamakan semangat pemuda dalam diri wapaupun umur sudah tua... sgt2 bersemangat percakpan beliau sehinggakan bergegar satu dewan....

Cermah Khas bersama Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin



Rabu, 5 Oktober 2011

Ceramah Khas Palestin : Dr Mohsen Saleh

Tarikh/Hari : 6 Oktober/Khamis
Masa : 8.30 - 11.30 malam
Tempat : Bilik Pujangga, Kelab Golf Danau , UKMbutir
Penceramah : Dr Mohsen Saleh - Zaytounah Institute
Tajuk : UN Recognition For Palestinian Statehood : What Are The Implications

Mohon diuar-uarkan hebahan ini bagi memeriahkan lagi program tersebut.
TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD.
Harap maklum, Terima kasih...

Rabu, 6 Julai 2011

Siapakah Syeikh Jum’ah Amin?



Profile Syeikh Jum’ah Amin

Salah seorang pemikir IM dan salah seorang musyrif dalam penulisan silsilah Sejarah IM. Juga salah seorang musyrif terhadap silsilah turats Hasan al-Banna. Dia telah banyak menulis karya dalam bidang dakwah dan tarbiyah untuk memberi gambaran yang jelas tentang IM, pemikiran dan manhaj mereka. Antara tulisan beliau yang masyhur adalah “Di Bawah Bayangan Usul 20”, “Dakwah; Kaedah dan Usul”, “Manhaj Quran Dalam Membentangkan Aqidah Islam”, “Manhaj Taghyir Menurut Imam al-Banna” dan banyak lagi karya-karya lain.

  • Dilahirkan pada tahun 1934 M di Negeri Bani Suwaif, sebelah Utara Mesir.
  • Menetap di Bandar Iskandariah.
  • Memperolehi Digree “Jayid Jiddan” dalam bidang “Khidmat Kemasyarakatan” dengan kepujian cemerlang tahun 1961 M. Berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak dan 7 orang cucu.
  • Berkenalan dengan IM ketika beliau masih remaja, ketika IM dalam fasa terbuka dan memiliki banyak cawangan serta sentiasa disebut-sebut oleh masyarakat.
  • Beliau sempat hidup sezaman dengan Imam al-Banna di awal usianya (15 tahun), tetapi beliau tidak sempat ber-mu’ayasyah, melihat atau mendengar darinya. Ketika itu beliau masih belum memahami dakwah, bahkan belum menyertai IM.
  • Hati beliau sangat terkesan dengan keperibadian Imam al-Banna sejak hari peristiwa pembunuhan Imam al-Banna ketika salah seorang guru di sekolahnya menceritakan dan memperkenalkan Imam al-Banna kepada mereka.
  • Beliau mula terikat dengan IM dan sentiasa mengikuti pengajian dan aktiviti mereka selepas peristiwa pembunuhan Imam al-Banna dan mula menyertai mereka pada tahun 1951 secara rasmi.
  • Selepas peristiwa tahun 1954 dan peristiwa konspirasi al-Mansyiyyah, yang nyaris memecah belahkan anggota IM kecuali mereka yang dirahmati Allah; mereka itulah orang-orang yang dipelihara Allah untuk terus bersama dengan IM dan mereka itulah orang-orang yang dipenjara dan dibuang negara.
  • Selepas IM kembali dengan aktif secara rahsia, beliau termasuk di kalangan orang-orang yang mengaktifkannya, sehinggalah berlaku peristiwa penangkapan para pimpinan tahun 1965 yang menyaksikan pembunuhan asy-syahid Syed Qutb dan para Ikhwan lainnya termasuklah beliau.
  • Beliau berada di dalam penjara sehingga tahun 1971 dan dikeluarkan secara beramai-ramai dari penjara bersama para Ikhwan yang lain ketika permulaan era pemerintahan Sadat selepas kematian Jamal Abdul Nasir.
  • Setelah keluar dari penjara, beliau bekerja sebagai pengkaji di Iskandariah, kemudian dilantik sebagai ketua bahagian kajian kemasyarakatan dan kemudian sebagai pengarah.
  • Beliau mengerjakan haji pada tahun 1981. Ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Sadat pada tahun tersebut, perintah penangkapan beliau dikeluarkan, lalu beliau berhijrah ke Saudi dan bekerja di sana sebagai pengarah pejabat Perhimpunan Pemuda Islam Sedunia (World Assembly of Islamic Youth / الندوة العالمية للشباب الإسلامي) di Jaddah dari tahun 1981 hingga 1985.
  • Selepas kepulangan beliau ke tanah airnya, beliau mula terlibat dalam mengasaskan Sekolah Madinah al-Munawwarah untuk lelaki dan perempuan dan beliau merupakan pengerusi lembaga pengarahnya sehingga kini.
  • Beliau sekali lagi ditangkap pada tahun 1994 untuk beberapa bulan dalam salah satu konspirasi penipuan terhadap Ikhwan.
  • Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai ahli Pejabat Urusan IM di Iskandariah, kemudian sebagai timbalan pengerusi, dan kemudian beliau dicalonkan sebagai ahli Maktab Irshad dari tahun 1995 hingga sekarang.
  • Sekarang beliau menumpukan sepenuh masanya untuk dakwah Islam dengan merantau ke seluruh dunia timur dan barat.
  • Beliau dipilih sebagai Naib Mursyidul Am IM bermula Januari 2010.

Thanx to http://www.ikramsj.org

Wacana Tarbawi Bersama NAIB MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN



WACANA TARBAWI

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mempersembahkan:

“Tarbiah Ikhwan Muslimin dan Peranannya dalam Masyarakat”

Penceramah:

- Syeikh Jum'ah Amin (Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin)

Tarikh : 11 Julai 2011 (Isnin)

Masa : 8.00 pm - 11.30 pm

Tempat: Dewan Jubli Perak SUK Selangor Shah Alam

Semua dijemput hadir

Bahasa komunikasi : Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

Khamis, 16 Jun 2011

KAF2011 : Kursus Asas Fotografi 2011

Assalamualikum...
Insyaallah pada hari sabtu 18 Jun 2011 ni akan diadakan KAF 2011, bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur,

Yurannya ialah RM30 sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Zahid 0193769315 atau Ubaidah 0132129249
atau lawati laman facebook www.facebook.com/KAF2011

Di uruskan oleh
IKRAM Malaysia dan Brotherhoodarts

Selasa, 31 Mei 2011

PIMPINAN IKHWAN MUSLIMIN berforum di Malaysia - 4 Jun di MBPJ - terbuka untuk umum - Jom ke sana !!



PUBLIC FORUM

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) proudly present:

“Ikhwan Muslimin’s Role In Building A New Middle East”

Speakers:

1. Dr. Mohamed Ibrahim Al-Baltaaji

Leader of Ikhwan Muslimin of Egypt

Former Member of Parliament Ikhwan Muslimin of Egypt

2. Dr Nasser Soni'

Leader of an Islamic movement of Kuwait

3. Bapak Luthfi Hasan Ishaaq

Peresiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia

Moderator:

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin

Member of the National Representative Council of IKRAM

Date: 4th June 2011 (Saturday)

Time: 8.00pm – 11.00pm

Venue: Dewan Banquet Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),Ibu Pejabat MBPJ, Jalan Yoong Shook Lin,

Petaling Jaya Selangor.

All Are Welcome/Semua dijemput hadir

Free Admission

Medium Of Communication: English

Selasa, 26 April 2011

Kenali Masjid Al-Aqsa



Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. "Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami' al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami' (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam, walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla, dsb. Pointnya, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.

Kedua-dua bangunan 'al-Jami' ' dan 'Dome' itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok (wall) sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.
Kedua-dua bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah - Umar - Abdul Malik.

Kedua-dua bangunan ini berada dlm kawasan Masdij Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.

Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami' atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama' tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasn berpagar itu.

Rujukan :
http://aqsasyarifjohor.blogspot.com/2010/06/kenali-masjid-al-aqsa.html
http://aqsasyarifjohor.blogspot.com/2010/06/kenali-masjid-al-aqsa-part-2.html

Sahabat